PAS PAS PAS ........Passhitttttttttt!!!
Wednesday, 27 March 2013
Tuesday, 26 March 2013
2,000 Orang Asli Merana Akibat Tanah Dirampas Pas Kelantan
Hampir 2,000 keluarga Orang Asli yang tinggal di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang kini hidup merana apabila kerajaan Kelantan bertindak merampas tanah adat mereka yang selama ini merupakan tempat masyarakat itu tinggal dan mencari rezeki.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini berikutan laporan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan yang diterimanya selepas kerajaan negeri mengambil tanah itu untuk dimajukan sebagai Ladang Rakyat sejak beberapa tahun lalu.
"Ia membabitkan tanah seluas 23,070 hektar yang telah diambil untuk dijadikan Ladang Rakyat sekali gus telah mengancam kehidupan masyarakat Orang Asli membabitkan sebanyak 1,854 keluarga.
"Kini masyarakat itu menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan berikutan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di sekitar penempatan mereka," katanya.
Menurut laporan JAKOA itu, tanah adat berkenaan melibatkan 27 buah kampung di Gua Musang yang membabitkan kawasan penempatan, tanaman dan kawasan rayau di kawasan Kuala Betis, Pos Brooke, Pos G08, Pos Bihai, Pos Simpor, Pos Blau, Pos Hendrop, Pos Hau, Pos Tuel dan Kuala Lah.
Laporan itu menyebut berikutan penebangan hutan yang tidak terkawal sama ada atas nama pembalakan atau pertanian itu, Orang Asli di penempatan tersebut kini berdepan dengan pelbagai masalah seperti kemusnahan hasil tanaman, pencemaran kepada sumber air bersih, kemusnahan kubur dan jalan kampung serta pencerobohan terhadap tanah kawasan rayau Orang Asli.
"Akibatnya sumber pendapatan dan kualiti hidup Orang Asli di kawasan terbabit telah terjejas dengan teruk," katanya.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beberapa laporan telah dibuat kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Jabatan Perhutanan Semenanjung namun aktiviti itu masih lagi berjalan.
"Kerajaan negeri tidak begitu serius menangani masalah ini walaupun perkara ini telah berbangkit khususnya membabitkan kebajikan dan penghidupan orang Asli di Gua Musang. Selain tanah Orang Asli ini tidak diganti, mereka juga tidak mendapat sebarang imbuhan daripada aktiviti ini sama ada dalam bentuk pekerjaan atau pampasan yang sewajarnya.
"Jika ini dibiarkan berterusan tidak mustahil bencana alam lebih teruk akan berlaku sedangkan sekarang inipun sungai yang dahulu begitu jernih mengalir di Hulu Kelantan kini telah bertukar warna dan memusnahkan ekosistem di kawasan tersebut," katanya.
Beliau berkata rintihan Orang Asli terhadap tanah-tanah di kawasan penempatan mereka seakan-akan tidak lagi diambil peduli malah syarikat-syarikat yang berselindung di sebalik Ladang Rakyat dan lain-lain projek pertanian begitu rakus menebang dan mengeluarkan balak dari kawasan tersebut.
Sehubungan itu Umno Kelantan kini telah mempunyai pelan jangka panjang untuk menjamin masa depan yang lebih baik buat masyarakat itu.
-- KELATEKITO.NET
RAKYAT MISKIN PAS KAYA
PASIR MAS – Seorang warga emas di Kampung Tal Tujoh terpaksa menumpang teduh di bangsal durian sejak enam tahun lalu.
Meskipun menggunakan lilin dan air perigi jiran, Che Mamat Harun, 65, berusaha untuk mencari rezeki halal dengan membersihkan laman rumah dan kebun penduduk dekat sini.
Che Mamat berkata, bangsal yang dibina di atas tanah milik kakaknya ini kini hampir roboh dan mungkin akan meragut nyawanya.
“Saya pernah dipatuk ular di bahagian dada kerana tidak sedar ia melingkar di bantal dan tilam. Umur saya masih panjang apabila pihak doktor dapat menyelamatkan nyawa saya, namun ia sedikit sebanyak mempengaruhi kerja saya kerana ada ketikanya merasa sakit,” katanya, semalam.
Menurutnya, kemiskinan juga menyebabkan dia terpaksa meminta simpati penduduk setiap kali masuk waktu makan.
Katanya, kelengkapan memasak yang ditinggalkan di luar bangsal sering dicuri menyebabkan dia dapat memasak di rumah.
“Saya tidak mampu untuk mendapatkan pendapatan tetap apatah lagi membina rumah yang lebih selamat,” katanya.
Sebelum ini, dia bekerja di ladang kelapa sawit di Perak dan pernah memohon bantuan kebajikan, namun ditolak atas alasan bukan penduduk tetap negeri terbabit.
Disebabkan itu katanya, dia kembali ke kampung bagi mengurang tekanan hidup namun menghadapi masalah yang sama setelah berpindah ke sini, pada 2006 lalu.
- Sinar Harian
PAS KAYA RAKYAT MISKIN...
KUALA KRAI - Ibu lima anak termasuk
seorang daripada mereka disahkan hiperaktif di Guchil 4, dekat sini,
tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan nasib mereka yang sekian
lama hidup susah akibat kemiskinan.
Titisan air mata Fauziah Muhamad, 30, menjadi saksi keperitan hidup dilaluinya bersama suami dan anak ketika mengulangi kisah sedih mereka, termasuk sering terputus bekalan makanan kerana kehabisan wang.
Fauziah berkata, jika keperluan asas itu pun tidak dapat dipenuhi dia dan suami, apatah lagi keperluan lain seperti belanja sekolah, anak termasuk seorang anak mereka yang hiperaktif dan sewa rumah.
“Sedih bila fikirkan makan minum anak-anak. Ada masa beras dan gula di dapur semua habis. Kerap dalam seminggu, kami hanya makan nasi goreng,” katanya sambil menahan sebak.
Fauziah berkata, paling mengguris hatinya sebagai ibu ialah apabila tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk membeli keperluan sekolah seperti kasut dan buku.
“Anak minta belikan buku harga RM6 pun saya tak mampu. Terpaksa pinjam dengan jiran sebab risau anak malu nak pergi sekolah kalau tak ada buku.
“Sewa rumah RM100 sebulan pula sudah lima bulan tertunggak,” katanya yang tinggal di rumah sewa itu bersama suami, Mohamed Bashah Baharom, 52, dan lima anak berusia tiga hingga 13 tahun.
Fauziah berkata, belanja seharian mereka bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh kampung manakala dia sendiri tidak dapat bekerja kerana perlu beri sepenuh perhatian kepada anaknya yang hiperaktif, Muhamad Danish Shahlan, 7.
“Anak keempat saya ini perlu dijaga sepanjang masa kerana dia tidak boleh duduk diam. Makan minum dan pakaian dia, saya kena jaga sebab dia tak pandai buat sendiri.
“Kalau hari sekolah, saya perlu sentiasa ada temankan dia dalam kelas. Adiknya yang berumur 3 tahun, saya terpaksa minta jiran tolong jaga,” katanya.
Menurutnya, dia cuba bantu suaminya dengan bekerja di kedai makan di hadapan rumah pada hujung minggu, tetapi pendapatan diterima tidak tetap kerana bergantung kepada keadaan Muhamad Danish Shahlan.
Sementara itu, Fauziah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebannya, namun ditolak atas alasan dia masih muda dan mampu bekerja.
Menurutnya, dia cuba mohon bantuan JKM buat kali kedua pada Mac 2011 selepas memenuhi permintaan agensi itu supaya permohonan disertakan surat pengesahan pakar perubatan mengenai penyakit anaknya.
“Setahun selepas hantar surat pakar perubatan, saya pergi JKM dan tanya
mengenai permohonan itu. Mereka (JKM) jawab, tidak ada bantuan kerana
permohonan saya sudah ‘tutup buku’,” katanya.-
Sinar Harian

Subscribe to:
Posts (Atom)