60 Dalil Penyelewengan PAS
Parti PAS banyak melakukan penyelewengan untuk meraih simpati rakyat dan sebilangan rakyat yang jahil dan tidak memahami ajaran Islam sebenar akan mudah terpengaruh dengan hujah PAS yang menyeleweng .
1. TAA'SUB
PAS
sebuah parti yang ekstrim dan taasub. Ia sentiasa bertindak dengan apa
jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun
bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya
menolak pendapat orang lain, walaupun benar.
2. JUARA PERPECAHAN
PAS
menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam
peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat
berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.
3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.
4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala
tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong
mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang
mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu
sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.
6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS
menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang
lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak
(TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.
7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan
PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan
tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.
8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ?Darul-Mal? yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.
9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan
Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak
dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah
dilakukan.
10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.
11. KENYATAAN PALSU
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.
12. MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan.
13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD
Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan.
14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN
Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.
15. CAKAP LAIN BUAT LAIN
Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.
16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN
Mat
Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel
Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang
batil itu.
17. FATWA YANG MEROSAKKAN
Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini.
18. MENGHASUT
PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.
19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM
PAS
di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak
mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini
bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam.
20. BAHASA LUCAH
Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ?Shit?.
21. PENYALAHGUNAAN PONDOK
PAS
telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh
ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan
golongan mereka.
22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK
PAS
mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan
melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap
Kerajaan.
23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam.
24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN
Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa benci terhadap kerajaan.
25. ABAI TANGGUNGJAWAB
PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain.
26. MAHU TAPI MALU
PAS
menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan
anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan
oleh kerajaan.
27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI
Buku-buku
yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam
sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan.
28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH
Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.
29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN
PAS
menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan
kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan
dan nikmat.
30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
PAS
tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam
Dewan Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah
daripadanya.
31. MENGHASUT RAKYAT
PAS
memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam
ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang
boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.
32. HANYA PANDAI MENGKRITIK
PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.
33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH
PAS
memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling
terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah
oleh BN.
34. TIDAK IKHLAS
Tidak menunjukkan keikhlasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen.
35. TIDAK TETAP PENDIRIAN
Tidak
konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala
berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala
pendapat mereka menjadi sebaliknya.
36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN
PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.
37. KEBAJIKAN TERBATAS
PAS
menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan
keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.
38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA
PAS
tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah
tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar
negara.
39. PERKARA-PERKARA KHURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN
PAS
tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara
bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam
Islam.
40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT
PAS
mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan
yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan
memasuki syurga.
41. TIADA PERSEFAHAMAN
PAS
membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang
Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.
42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU
PAS
tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah
mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan
memboikot sesama Islam.
43. MENGKHIANATI AMANAH
PAS
menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri
mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan
mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk
memerintah negara.
44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA
PAS
memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam
urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta
mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat
minoriti muslim dari negara-negara lain.
45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN
PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi.
46. JEMAAH HAJI TERTIPU
Pemimpin
PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan
mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.
47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM
Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.
48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK
PAS
selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka
sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.
49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN
Islam
menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS
tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut.
50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN
PAS
mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan
mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu
perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam.
51. PENDIRIAN TIDAK JELAS
PAS
tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang
dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu
bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.
52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN
PAS
bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa
sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah
kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat
Melayu.
53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN
Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka.
54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN
PAS
di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan
terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi
lebih agresif dan ekstrim.
55. MEMENTINGKAN SIMBOL
PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam.
56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN
PAS
melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar
suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik
senator perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil
bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara.
57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA
PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya.
58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN
Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti lawan.
59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL
PAS
meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan
timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan
ibadat.
60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM
PAS
membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh
UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.
Sebagai
rakyat Malaysia yang peka,perlu menolak PAS kerana mereka jelas
menggunakan agama untuk kepentingan politik dan bukannya mahu memajukan
rakyat dan negara.
PAS POORAHHHHHHHHHHHHHHHH...................