Definisi Munafik.
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari(lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang bolehmenolong mereka.”
(surah An-Nisaa' ayat 145)
“Dan supaya dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan orang-orang munafik perempuan,dan orang-orang Musyrik laki laki dan orang-orang musyrik perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah, mereka akan mendapat giliran (keburukan) yang amat buruk, dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
(Surah Al Fath ayat 6)
Munafik
adalah orang Islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya
namun mereka melakukan pelbagai perbuatan yang menyalahi ajaran Quran
dan hadis.Golongan munafik wujud sejak zaman Baginda saw masih hidup
yang diketuai Abdullah bin Ubai.
Walaupun
Abdullah bin Ubai melakukan pelbagai kejahatan dan fitnah yang
memecah-belahkan orang islam namun Baginda saw tiak membunuhnya walaupun
para sahabat meminta izin untuk membunuh mereka.Baginda saw bersabda
“Jika mereka dibunuh maka orang kafir akan mengatakan Mohammad saw
membunuh orangnya sendiri”.
Begitulah keputusan Baginda
saw kepada golongan Munafik walaupun mereka menimbulkan pelbagai
masalah kepada umat islam.Baginda saw mengambil keputusan tidak membunuh
mereka kerana tidak mahu orang bukan Islam tersalah anggap dan
memandang buruk kepada agama Islam.
Mengikut sejarah,golongan Munafik menimbulkan pelbagai masalah,antaranya :
1.Menimbulkan fitnah.
Golongan
munafik sering menimbulkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti dengan niat
memecah-belahkan umat Islam.Ketika Baginda saw masih hidup,mereka
menimbulkan fitnah bahawa Saidatina Aisyah r.a berzina dengan seorang
sahabat.
2.Melahirkan ajaran baru.
Golongan
munafik melahirkan ajaran baru yang bertentangan dengan ajaran Quran
dan hadis hingga menyebabkan perpecahan dan lahirlah pelbagai akidah
baru seperti Khawarij,Jabariah dan sebagainya.
3.Fanatik dengan ketua pilihan mereka.
Golongan munafik bersikap fanatik dengan ketua dan kefanatikan ini melahirkan perpecahan umat Islam hingga terbunuhnya saidina Omar al-Khattab ,saidina Osman bin Affan dan saidina Ali bin Abi Thalib.
4.Menghasut umat Islam menjauhi amalan kebaikan.
Golongan
munafik menghasut dan mempengaruhi umat islam agar menjauhkan amalan
mulia seperti bersedekah dan berzakat.Pada zaman saidina Abu Bakar
as-Siddik golongan munafik mempengaruhi orang Islam agar tidak membayar
zakat dan Abu Bakar terpaksa memerangi mereka.
5.Mengajak kepada maksiat.
Golongan munafik mengajak umat Islam melakukan pelbagai maksiat dan in menyebabkan umat Islam hanya islam pada nama dan tiada amalan.
6.Memperdaya dengan pakaian.
Golongan
munafik memperdaya umat Islam dengan pakaian seperti jubah dan serban
namun mengamalkan sifat dan perbuatan keji sebagaimana Abdullah bin Ubai
yang berpakaian seperti Baginda saw dan bersolat di belakang Nabi saw
namun melakukan pelbagai perbuatan yang memecah-belahkan umat Islam.
Demikianlah
beberapa sikap dan tindak tanduk golongan munafik.Mereka hanya islam
pada nama dan melakukan pelbagai kejahatan dan keburukan demi
memecah-belahkan umat islam sejak zaman Baginda saw hinggalah kiamat.
Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain bekas Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa munafik
atau nifaq adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab.``Dari
segi bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura. Manakala dari segi
istilahnya, nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura
menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan
dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam,''